Tuesday, August 16, 2011

Saya Seorang Superman

Hai guys. Sori la lama nda buat entri. Mana la tw ada yang tertunggu-tunggu. (macam jak ada kan..hahahaha.) Ini kali pasal segmen yang saya ikut2. Segmen dari si tukang karut terkenal, si Aki.


Saya, Awangku Afif Irfan Bin Ag Jaafar adalah seorang SUPERMAN kerana ;

-Saya mempunyai mata yang masih terang dan tidak rabun walaupun sepanjang hidup saya dihabiskan dengan  menghadap komputer dan permainan video.

-Saya boleh menghabiskan satu raga besar durian secara solo2. Wahahahaha.!!

-Saya lebih suka membuat kerja-kerja berat berbanding kerja-kerja yang ringan. Contohnya, angkat barang2, bercucuk tanam, dan lain2.

-Saya paling kuat makan dalam kalangan kawan2 dan keluarga saya.

-Biarpun saya paling kuat makan, tapi saya tidak pandai gemuk2. =_="

-Akhir sekali, saya mempunyai daya imaginasi yang sangat agak tinggi tw. Hehe.

Dan maka habis lah segmen untuk mengarut seperti tukang karut Aki, sekian terima kasih.

Friday, August 12, 2011

Puasa Kerana Duit??

Salam ramadan yg ke 12...btul la kan?? hehehe...bingung ni bingung....@_@ Bulan2 puasa ni. Bila jalan2 pergi blog Gary tadi, terbaca entri dia pasal Ramadhan; dulu dan kini memang betul2 menggamit memori masa kecil2 dulu la.


Sebelum tu, nak tanya, siapa yang time dia kecik2 dulu, kalau puasa, kena bagi duit?? Angkat tangan. Saya!!Hehe.Betul tw. Masa kecik2 dulu, time tu belum berapa tau mendalam pasal agama la. Setiap kali sebelum puasa, parents saya akan cakap, satu hari full, satu ringgit. Kalau setengah hari, 50 sen jak. Haha. Bila teringat balik pasal tu, selalu tersenyum sendiri. Bukan sebab saya gila tau. Tapi geli pulak rasa hati bila terkenang zaman2 nakal dulu.


Maka, dengan termeterainya perjanjian itu, bila tiba jak bulan puasa, semangat la ni dengan azam untuk puasa full setiap tahun. Walaupun hari2 dilalui masa tu sangat2 memeritkan bagi seorang insan yang baru berumur belum sampai 10 tahun, namun demi mendapatkan RM1 sehari, lapar dan haus sanggup ditahan. Kalau sudah dekat2 waktu berbuka tu plak, belum lagi azan sudah duduk terpacak dekat meja makan. Setelah berkumandangnya azan, dengan perut yang berkeroncong, makanan2 yang terhidang habis diratah untuk menghilangkan lapar dan minuman sejuk yang manis diteguk sehingga habis untuk menghilangkan dahaga.


Bila tiba hari raya~~~~ semua insan bergembira~~~ Oooppsss. Terbawa2 plak. Hehe. Pagi raya tu, dengan perasaan excited yang tidak terhingga, sudah berdiri depan parents hulur tangan. *punya la x tw malu kan...>.< * Tapi memang betul la, dapat RM30, neh, kamu ada??? Ini baru dari parents tw, nenek saya pun ada bagi jugak. Dia bagi semua cucu2 dia yang masih kecil yang berpuasa penuh. So, RM30 + RM30 =RM60. Yeah! ($_$) Hahahaha.


Tapi itu semua masa dulu2 la time masih lagi belum tau banyak. Sekarang ni plak, kalau puasa tu, bukan sudah sebab duit, tapi kerana Allah. Bila dah naik matang, dah boleh fikir buruk baik, dah tau banyak pasal agama, kalau masih jugak x puasa, x tw la apa nak jadi dengan orang tu kan, Hmmm. Kesimpulannya, jangan lah kita 'escape' puasa ni kecuali bagi golongan2 tertentu.


Thursday, August 11, 2011

Apa Salah Mereka..???

Salam ramadan kepada para pembaca sekalian. Macam mana dgn puasa?? Harap2 full la eh bagi yang mampu. Selepas lama tidak menaip, akhirnya dtg jgak mood utk menaip entri ni.


2007, tahun di mana aku berkesempatan melawat sebuah hospital mental, Hospital MESRA Bukit Padang atas nama lawtan sambil belajar. Maybe segelintir kita bila dengar jak hospital mental, pandangan kita semua yg ditempatkan di situ orang2 gila jak kan?? actually, tempat tu sebenarnya pemulihan untuk semua peringkat umur tau. Yang umurnya 4-5 tahun pun ada pusat untuk pemulihan mereka d situ.


Tapi yang saya ingin kongsi hari ni, kami sampai ke sebuah blok di mana orang2 tua ditempatkan semasa lawatan tu. Bila teringat balik, sebak hati ni. Kenapa? Kerana mereka ni ditempatkan di sini sebab tiada tempat untuk mereka balik atau lebih senang kita katakan, mereka diabaikan oleh ahli keluarga sendiri. Sedih kan??


Nda kan la tiada satu orang pun anak yang boleh ambil orang tua mereka sini, kan? Atau pun mungkin si anak malu kerana orang tuanya pernah memasuki hospital mental. Kerana takut malu diperkatakan oleh jiran2, sahabat2, dan orang awam. Itukah sebabnya? Jadi selama ni semasa kecilnya anak itu buat hal di sekolah, bermain2 di surau semasa tarawih, kena label samseng, tidakkah mereka terfikir betapa malunya orang tua atas perbuatan mereka? Tapi dalam masa yang sama, duit poket tetap diberi, makan minum dipastikan mencukupi, tempat tinggal disediakan. Tiada orang tua yang ingin melihat anaknya menderita.



Namun, bila meningkat dewasa, sudah berjaya, orang tua langsung dilupa! Tengok la berapa banyak sudah warga tua ditempatkan di rumah orang2 tua. Itu belum lagi termasuk yang masih terdampar di tepi2 jalan. Mana anak2 mereka? Sanggupnya si anak melihat orang tuanya kesusahan padahal mereka bersenang lenang bersuka ria. Ish3. Sedar2 la diri tu nak, tanpa mereka siapa lah kita.

Bukan apa, di sini saya ingin mengingatkan kepada para pembaca, selagi orang tua kita masih ada, berbaktilah kepada mereka semampu yang kita boleh. Jangan pula di kemudian hari, bila kita mendapat berita pemergian mereka, baru lah di sana tersedar betapa besarnya dosa kita kepada orang tua kita. Baru lah meroyan2 menangis minta ampun sedangkan masa tu tiada gunanya berbuat demikian.


Sesungguhnya derhaka kepada ibu bapa itu, neraka tempatnya. Sedangkan kita meninggikan suara sedikit pun kepada seorang ibu, walaupun cuma 'eh', bau syurga tu tiada jaminannya. Kalau bukan kita yang jaga orang tua, siapa lagi yang kita mau harapkan?? Nanny?? Orang Gaji?? Xda maknanya. So, terpulang dari kita la ya mo pikir macam mana, besar sudah kita kan? Renung2 kan lah yeeee~~~ Selamat beramal..

Sunday, August 7, 2011

40 VIP BLOG GARY..!!


C Gary bilang dia mo shuffle blik bloglistnya tu...jadi apa salahnya ikut kan?? hehehe...sepa2 yg berminat tu...mari2....tekan SINI!!!!

Wednesday, August 3, 2011

Jenis2 Peng'Kentut'....

Salam Ramadan semua...!!! Suda sungkai??? bagus2...hahaha...Awang pun suda...lama suda nda buat entri btulis ni...memandangkan mood tiba2 hadir..jadi tulis la...juz ingin berkongsi serba sedikit info panas...tajuk entri pun sudah nmpk kan..lets see which one are you in.....

1. Orang yang TIDAK JUJUR
Orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain.

2. Orang yang BINGUNG
Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam kerana tidak tahu keadaan untuk melepaskan kentut yang sesuai.

3. Orang yang BERWAWASAN TINGGI
Orang yang tahu masa yang terbaik untuk kentut.

4. Orang yang SENGSARA
Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.

5. Orang yang MISTERI
Orang yang kalau kentut, tiada orang yang boleh 'detect'.

6. Orang yang GUGUP
Orang yang tiba-tiba terkentut bila disergah.

7. Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI
Orang yang melepaskan kentutnya dengan bunyi yang amat lantang.

8. Orang yang SADIS
Orang yang kentut di dalam selimut, terus dikibaskan baunya ke arah orang lain.

9. Orang yang PEMALU
Orang yang kentut tidak berbunyi sambil muka menahan malu.

10. Orang yang STRATEGIK
Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak agar orang lain tidak dapat mendengar bunyi kentutnya.

11. Orang yang PELIK
Orang yang boleh mengeluarkan kentut apabila disuruh.

12. Orang yang SOMBONG
Orang yang sering mencium kentutnya sendiri dan bercerita akan keharuman kentutnya.

13. Orang yang RAMAH
Orang yang tidak kisah mencium kentut orang lain.

14. Orang yang tidak senang BERGAUL
Orang yang suka kentut bila berkumpul dengan teman-teman.

15. Orang AKUATIK
Orang yang gemar kentut di dalam air.

16. Orang yang JUJUR
Orang yang mengaku bahawa dia yang kentut.

17. Orang yang GENIUS
Orang yang boleh menghurai kandungan bau kentut orang lain seperti bau telur atau buah durian.

18. Orang yang KELAKAR
Orang yang ketawa2 sambil b'kentut.

19. Orang yang ROMANTIK
Orang yang kentut bunyinya mendayu dan berirama merdu ketika sedang berdating

20. Orang yang SIHAT
Orang yang kentut lebih kurang 14 kali sehari.

21. Orang yang TIDAK SIHAT
Orang yang kentut setiap 30 minit.

22. Orang yang PANAS BARAN
Orang yang mudah marah bila terhidu bau kentut walaupun kentutnya sendiri.

24. Orang yang PELUPA
Orang yang tertanya-tanya bila terbau kentut padahal dia sendiri yang kentut

25. Orang yang KREATIF
Orang yang pandai mengalun2kan bunyi kentutnya seperti alunan muzik.

26.Orang yang TIDAK TAHU MALU
Orang yang gemar kentut di tempat2 yang ramai orang.

Well?? kategori manakah anda?? klu Awang....hmmm...mana bole kasitau...rahsia la....hahahaha...info ni Awang terjumpa semasa mencari2 artikel mengenai kentut semasa beberapa bulan yg lalu...tiba2 plak rasa mau share..Untuk pengetahuan, it is about 50% are from that article, and another 50% are made by my own mind of thought...Thats all...^^.v 

6th Wordless Wednesday???