Thursday, August 11, 2011

Apa Salah Mereka..???

Salam ramadan kepada para pembaca sekalian. Macam mana dgn puasa?? Harap2 full la eh bagi yang mampu. Selepas lama tidak menaip, akhirnya dtg jgak mood utk menaip entri ni.


2007, tahun di mana aku berkesempatan melawat sebuah hospital mental, Hospital MESRA Bukit Padang atas nama lawtan sambil belajar. Maybe segelintir kita bila dengar jak hospital mental, pandangan kita semua yg ditempatkan di situ orang2 gila jak kan?? actually, tempat tu sebenarnya pemulihan untuk semua peringkat umur tau. Yang umurnya 4-5 tahun pun ada pusat untuk pemulihan mereka d situ.


Tapi yang saya ingin kongsi hari ni, kami sampai ke sebuah blok di mana orang2 tua ditempatkan semasa lawatan tu. Bila teringat balik, sebak hati ni. Kenapa? Kerana mereka ni ditempatkan di sini sebab tiada tempat untuk mereka balik atau lebih senang kita katakan, mereka diabaikan oleh ahli keluarga sendiri. Sedih kan??


Nda kan la tiada satu orang pun anak yang boleh ambil orang tua mereka sini, kan? Atau pun mungkin si anak malu kerana orang tuanya pernah memasuki hospital mental. Kerana takut malu diperkatakan oleh jiran2, sahabat2, dan orang awam. Itukah sebabnya? Jadi selama ni semasa kecilnya anak itu buat hal di sekolah, bermain2 di surau semasa tarawih, kena label samseng, tidakkah mereka terfikir betapa malunya orang tua atas perbuatan mereka? Tapi dalam masa yang sama, duit poket tetap diberi, makan minum dipastikan mencukupi, tempat tinggal disediakan. Tiada orang tua yang ingin melihat anaknya menderita.



Namun, bila meningkat dewasa, sudah berjaya, orang tua langsung dilupa! Tengok la berapa banyak sudah warga tua ditempatkan di rumah orang2 tua. Itu belum lagi termasuk yang masih terdampar di tepi2 jalan. Mana anak2 mereka? Sanggupnya si anak melihat orang tuanya kesusahan padahal mereka bersenang lenang bersuka ria. Ish3. Sedar2 la diri tu nak, tanpa mereka siapa lah kita.

Bukan apa, di sini saya ingin mengingatkan kepada para pembaca, selagi orang tua kita masih ada, berbaktilah kepada mereka semampu yang kita boleh. Jangan pula di kemudian hari, bila kita mendapat berita pemergian mereka, baru lah di sana tersedar betapa besarnya dosa kita kepada orang tua kita. Baru lah meroyan2 menangis minta ampun sedangkan masa tu tiada gunanya berbuat demikian.


Sesungguhnya derhaka kepada ibu bapa itu, neraka tempatnya. Sedangkan kita meninggikan suara sedikit pun kepada seorang ibu, walaupun cuma 'eh', bau syurga tu tiada jaminannya. Kalau bukan kita yang jaga orang tua, siapa lagi yang kita mau harapkan?? Nanny?? Orang Gaji?? Xda maknanya. So, terpulang dari kita la ya mo pikir macam mana, besar sudah kita kan? Renung2 kan lah yeeee~~~ Selamat beramal..

23 comments:

Anonymous said...

tiada salah mereka. -.-''

Gary Asip said...

memang ndak patut bh... kesian dorang... dorang jaga anak dorang sampai besar, anak diorang pulak ndak maw jaga dorang... huh..

Unknown said...

alamak..sedihnya awang...

hargai ibu bapa...jangan jadi si tanggang..

aKu_aG said...

@asamasin : tu la kan...mungkin ada la salah...tapi x kan la x ble maafkan...

@gary : itu la ba tu...sakit jgak ati dgr crita2 org2 tua ctu...tapi kita nda ble buat pa2 jgak suda..

@saveq : hahhaa...sedih ka?? ini ngam2 mud aku bgini ni...tu la..hahaha...btul2...

Xx said...

ndukk ~ huhu aku sayang mami abah ku !!!

aKu_aG said...

@kak mira : aku pun sayang mama bapak ku ba..huhu..

unknown said...

Itu namanya anak tak sedar diri.. Ish! ada ke patut pi bwk parents ke tmpat2 org tua bh. Mmg jhatz lah bh.

*tpkan, takut gx nak kutuk2 org, kowt2 nnt dri sndri yg buat gtu.. harap dijauhkan.. I Love My Family!*

aKu_aG said...

@clara : btul tu...itu nda menghargai namanya...jgn la smpi gitu ba...juz ingat jak ke mana kita pgi...jgn sesekali lupa mak bapak...dats all...

aliza said...

harap2 akak dipanjangkan umur untuk membalas jasa kedua-dua ibu bapa... insy..

aKu_aG said...

@aimaniman : insyaAllah kak...slagi hayat kita masi panjang...buat la yg tmampu..

BubuBobot said...

huwaaa tiba2 rindu mak abah!

PCL said...

selalunya bila dah tiada mereka di dunia baru terasa kehilangannya...

K said...

mereka lupa jasa dan pengorbanan.

aKu_aG said...

@amalina : hehe...rindu ka?? klu jauh kol la....

@ PCL : btul2....tapi jgn la smpi gitu plak...klu ble biar slalu igt drg...

@keroro : ya2...sudah berjaya...drg x ingat da suma jasa ibu bapa...

Ezad Skytech said...

anak2 tak sepatutnya lupakan orang tua mereka..sebab mereka la kita hidup sampai hari ni..takkan lupa kot jasa dan pengorbanan ibubapa kita..=_=

aKu_aG said...

@ezad : btul tu btul...ntah la orang jenis mana yg lupa suma tu...=="

kotak bulat said...

emm..kb sdaya upaya tanamkan kat diri supaya jgn lupa diri nanti.. kb nak sentiasa syg dorg smpai hujung nyawa dorg..

aKu_aG said...

@kotak bulat : okay kb...tu la...ajal maut di tangan Allah kan...jadi kta x tw bla2 masa jak apa2 ble jadi...

Ce'gu JAERA said...

hormati org tua kita kan.. Tawau mari.. thanx, follow blog ini jua.. salam ukhuwah

Farah Azurah said...

fara pon pernah pergi lawatan sambil belajar kat
hospital sakit jiwa tampoi,johor..time uw form 3 ..mule-mule takut jugk ngan mereka,tapi lme2 daa boleh gelak2 an..ada lagi uw sakat-sakt kami..hehehe..mcm2 kerenah mereka.. :) ..
tq singgah blog fara .http://farahazurah.blogspot.com/

aKu_aG said...

@gen2merah : yup2..btul tu...haha...tawau mari ah..orite...thnks2...

@farah : yaka?? sama gak...tym2 kami datang tu..seram jak nmpk tmpt tu...tapi bila lama2...ok da...

Anonymous said...

Tak patut.
Tapi, terpulang kepada cara bagaimana orang tua mereka mendidik mereka kerana jika didikan orang tua betul, insyaAllah, anak-anak pasti tidak akan berbuat demikian.

aKu_aG said...

@awan biru : itu la kan...tapi ada tu yg lupa diri...biar pun sudah dididik dgn baik...tetap jgak lupa orang tua...=="