Saturday, May 24, 2014

P.E.N.I.L.I.E.S.P.U.A.N.

Well..Assalamualaikum..
Its been a while since this blog is touched and updated .Just some thoughts from my mind keep wanting me to write something on this blog.

For those who are reading this for the first time. Let me introduce myself again. The name, Awang Ku Afif Irfan. Up to you to call me what. But in this blog, starting from now, AG is the name.

Direct to the point, today's entry would be on something that attract my interest during reading a book, 'KELABU'. If you want to know what the sorry is about, then go find the book. Lul. Back to the point, have a look at this phrase,


The phrase on lies never bla bla bla. Well, LIES a.k.a PENIPUAN. Benda yang sentiasa terjadi setiap hari di sekeliling kita, sedar atau nda sedar. Sedangkan kita pun menipu kan? Jangan tipu la kalau nda pernah menipu. Even yang cakap tipu sunat. Kan? It still a lie, a bad thing.

Memang betul, kadang2 benda tipu ni boleh buat diri kita atau orang lain rasa senang, tapi persoalannya, sampai bila? I tell you, in the end, you will regret those decision. 'Sampaikanlah yang benar biarpun ia pahit'. Kalau boleh apa2 yang kita rasa, especially towards someone, just say the truth to that person. Memang susah, tapi benda tu akan buat beban kita at least kurang even sikit. Efek dia? Belakang kira sebab every action will lead to consequences. Andai orang tu lembut hati dia, then ok la. Kalau nda, doakan supaya hatinya dilembutkan. Kuh~kuh~kuh~

Akhir kata sebelum merapu dengan bermacam-macam kata-kata yang tidak sepatutnya, 'don't live life full of lies'. I've been living those life for a couple of years and believe me, I really regret those things. Kurang2 kan lah penipuan dalam kehidupan. Semoga kita sentiasa jujur dalam pertuturan dan perbuatan dan pemikiran dan segala macam per-an. Adios amigos.


Wednesday, February 22, 2012

Di Mana Ilmu yang Sebenar-benarnya?

Salam penulisan.

Well, today I think that I'm updating my blog because its been so long and I;m not sure how many months this blog have been abandoned. Ooooppsss~~ ter'speaking' plak. Hehe. Ok2, hari ni saya, Awang Ku Afif Irfan Bin Ag Jaafar ingin berkongsi sebuah cerita yang saya baru sahaja dengar semalam.Cerita pasal apa? Tengok tajuk la ba.:p

Cerita ni mengenai pengalaman Imam Ghazali  pada suatu ketika dahulu. Rasanya kamu kenal kan siapa Imam Ghazali? Kalau rasa2 nda kenal, sila2 lah GOOGLE. Hehe. Ceritanya begini,

Semasa pulang ke kampung halaman dengan membawa sekali beg yg berisi nota-notanya, kafilahnya telah diserang oleh perompak. Setiap bungkusan, karung dan juga beg akan diperiksa. Tiba giliran Imam Ghazali, lalu ia berkata, "Kamu boleh ambil apa sahaja yg kamu mahu,tetapi jangan ambil beg ini." Para perompak mengesyaki sesuatu yg berharga di dalamnya lalu merampas beg tersebut dan menyelongkarnya. Apa yang mereka dapati hanyalah helaian kertas yg tidak berharga dan merasakan diri mereka telah ditipu. "Apakah ini dikatakan barang berharga bagimu,apa yg akan kamu lakukan dengan kertas buruk ini?" Soal ketua perompak,"Ini adalah hasil aku belajar bertahun-tahun selama ini, semua catitan ini aku ambil dari guruku. Jika kamu rampas nota-nota, maka hilanglah ilmu yg aku pelajari selama ini."Jawab Imam Ghazali."Jika begitu kamu adalah orang yg paling bodoh, catitan yg kamu tulis itu bukanlah ilmu jika kamu tidak memahami, mengingati serta menghafalnya. Bayangkan sekiranya aku merampas nota-nota ini,bagaimana keadaanmu? Ini bererti ilmumu dapat dicuri."Balas ketua perompak. Imam Ghazali terpegun mendengarkan hujah itu dan selepas itu Imam Ghazali telah menghafal ilmu-ilmu yang telah dipelajarinya.

Mungkin ada di antara kita yang sudah pernah dengar cerita ni tapi bagi yang belum, harap2 cerita ni dapat memberi makna sedikit sebanyak kepada kita. Biar kita ni belajar tinggi mana pun, tapi kalau ilmu yang kita belajar tu kita tidak amalkan, tiada guna jugak. Kebanyakan orang kita belajar, tujuan utama mereka cuma satu, untuk lulus dan dapat sijil yang tercatat keputusan yang bagus. Dalam bahasa asingnya, "Study just for exam and get a good grades". Ilmu yang kita amalkan nescaya pasti akan banyak membantu kita masa depan kelak. InsyaAllah. Memang la awal2 tu susah mau amalkan tapi lama2 kalau sudah biasa, memang senang la. Sama jugak macam solat kan?? Kalau sudah biasa buat, memang jadi amalan harian. Kan2?? :)

Ilmu tu ada di mana2, dan kita boleh dapat daripada siapa2 pun. So, jangan la kita sia2 kan masa yang kita masih ada sekarang. Tuntutlah ilmu selagi mampu dan jangan setakat tahu jak, tapi amalkan. Okay guys?? Thanks for spending your time reading this simple blog again. InsyaAllah saya akan terus meng'update' blog ni selagi saya ada masa dan masih mampu.